click di bawah..

click dibawah..

Wednesday, January 11, 2012

go3!

Motivasi exam, inspirasi dari Dalam Dakapan Ukhuwah

Bekerjalah, berusahalah supaya keajaiban itu menyusul. Bak nabi Ibrahim yang mendaki bukit-bukit. Meletakkan burung yang dicincang untuk menyaksikan kekuasaan Tuhannya. [al-Baqarah; 260]

Bukan kerana sebuah keraguan. Hatinya yakin. Cuma saja iman itu menggelisahkan. Tidak bisa senyap membatu. Minta ditenangkan.

Dan keajaiban itu datang. Burung-burung cincang kembali bernyawa setelah diseru. Langsai dengan kudrat dan keringatnya mendaki bukit-bukit. Tapi, apakah usaha-usaha kita yang selalu melahirkan keajaiban?

Tidak. Dan Hajar buktinya, tika bayinya Ismail, kehausan. Bukit-bukit itu menyaksikan. Tujuh kali Safa dan Marwa diredah. Hujung ke hujung. Berlari. Menangis.

Mungkin saja dia tahu tidak ada air dihujung itu. Mungkin dia hanya ingin menunjukkan kesungguhannya kepada Allah.

Kata-katanya sebelum ditinggalkan menuntut pembuktian. "Jika ini perintah Allah, Dia takkan pernah menyia-nyiakan kami !"

Lalu keajaiban itu datang. Air itu ditemui. Tapi bukan dari kudrat dan keringatnya. Bukan dari jejaknya antara Safa dan Marwah. Hujung ke hujung.

Justru air itu muncul dari hujung kaki Ismail yang bayi. Yang menangis. Yang kehausan.

Begitulah keajaiban datang. Kadang-kadang tak terletak pada ikhtiar-ikhtiar kita. Mari belajar dari Hajar. Memaknai kerja keras itu adalah kesungguhan kita kepada Allah.

Mari bekerja keras seperti Hajar dengan gigih. Dengan yakin. Bahawa Dia tidak akan pernah menyia-nyiakan iman, amal dan usaha kita.

Bekerja saja. Dan biar keajaiban itu menyapa dari arah yang tak terduga. Dari arah yang tak disangka. Menenangkan hati kita, dari jalan manapun yang Dia kehendaki.

Dan katakanlah, "Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." [at-Taubah;105]

"...Bekerjalah wahai keluarga Dawud untuk bersyukur kepada Allah. Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur [Saba';13

mai tenguk nie!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...