KERJA.. KERJA.. KERJA...
click dibawah..
Friday, May 27, 2011
perKEJAan Berkat?
KERJA.. KERJA.. KERJA...
Tuesday, May 24, 2011
Akibat X amek kisah....
Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja.
Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"
Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus.
Sang tikus naik panik bukan kepalang.
Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah... di rumah sekarang ada perangkap tikus...."
Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkat tikus!"
Sang Ayam berkata, "Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.
Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati... tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku."
Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawaban sama.
"Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus."
Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular.
Sang ular berkata "Eleh engkau ni... Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."
Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.
Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena.
Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa.
Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.
Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan.
Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit.
Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih demam.
Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam.
Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.
Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda.
Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing.
Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.
Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya.
Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.
Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.
Dari kejauhan, sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan.
Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.
MORAL: SUATU HARI... KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA DAN LANGSUNG TAK BANTU APA YANG MAMPU... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.
kredit to sharifah sakinah
Wednesday, May 18, 2011
Usahawan?
Bismillahirahmanirrahim..
DEFINISI Usahawan
“Usahawan ialah seorang yang mempunyai daya pencapaian yang tinggi serta berkebolehan untuk melihat, mengenal,merebut dan mengujudkan peluang bagi menghasilkan faedah serta keuntungan diri sendiri dan juga masyarakat demi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat ”.
KEKELIRUAN====>
kalau tguk pd definisi, usahawan x sama dgn peniaga... sbb apa?
SBB peniaga brniaga untuk dia untung sorang ja(utk untung cukup dia sara hidup keluarga dia)... kalau usahawan nie, berbusiness utk wujud peluang kt org lain.. diri sendiri dan masyarakat,dan memajukan bangsa...cth: (peluang pekerjaan,ekonomi,ilmu dlln)
ciri2 usahawan ialah org yg nmpak masa dpn nya.... dari
GERAI-----> KEDAI-----> BUKA CAWANGAN DLM NEGERI---->
BUKA CAWANGAN LUAR NEGERI-----> BUKA CAWANGAN LUAR NEGARA!----> SELURUH DUNIA! WOW!
bersambung.... (zzzz..tidok2...esok kursus pukul 8pagi, kena drive sendri2 lak, T_T)
Sunday, May 15, 2011
kau ingat Allah kenal kau dh ke?
Wednesday, May 4, 2011
Sayangi Ibu Anda!
its same goes to me...(dulu)
mak aku seorg yg sangat3 la tegas,garang,pemarah pn ada.. pernah gak aku kena pukul.. hahah (nakal).... kak2 and abg2 aku, jgn nk kata kena pukul, mak aku pernah lompat pagar nk kejar dia org...siap time tu aku dlm kandungan...dasyat tul... haha... kak aku crita...(time tu kak2 adn abg aku kecik lagi la)...woh.. baru aku tau susah nk membesarkan anak2.. lebih2 lagi kalu nakal.... .
ni cita dulu~ masa zaman jahiliyah aku-
dulu aku pulang je cuti blk ke rmh dah bnyk kali aku dgr ayat ni....
~macamna la nk jd pemimpin?
~macamna la nk jd siswazah kelas pertama?
haiya! wow! tension kan? apa aku buat semua x kena time ni!
huuhhuu....nak tau sapa selalu sebut bnda ni?mak aku! bkn abah...(abah pendiam sket), mama! beleter ja... hadoiii!!!!~hahah..
erm... aku buat salah sket msti ja sebut dua ayat tu...hahah...kadang2 aku jd tension gak! tension la! sapa x tension bila di sogok ayat2 mcm tu!sampai la ke bab2 solat pn aku kna..hohoho..-nie cita time zaman jahiliyah aku tau saja nk kongsi.).moga dpt manfaat semua.
~mcmna la nk jd siswazah yg kental fizikal,mental and spiritual? solat2 sunat mama tguk cheq x jaga.. buat pn bila2 cheq suka... cubala dgr ja azan terus amek wuduk solat sunat dulu ka.. pegang quran ka... ni x, abah nk solat baru nak masuk p amek wudhuk... cheq dh besaq tau.. cuba ubah perangai sket... da bleh kawen dah... (erk?huhu)...
~bila mama bg tugas ja cuba cheq ada rasa tanggungjawab, buat kemas2, xpayah tnya mama, buat keputusan sndri,kalu x tau tnya...ni x bg tugas xtau nk wat,peram lama2....nak buat nt la..pastu tguk tv dgn dok men laptop ja... (erk>>> )
aku jd setiausaha mama kat rmh dulu...hehe... jwb pgilan tel., isi borang,kemas rmh, masak, jaga tok, ..
erm...ya i admit yg i ni x la perfect mama... tp jgn la aspect yg tinggi sgt kt ank mu ni.. huhuh...(hati dulu berkata2)
tp bila aku pikir2 blk.... betol gak apa yg mama ckp...
psycho betol!!!!HAHAH..
oright mum.. i will do my best in my life.... thnks 4 supportng me dlm diam(dlm ayat yg tersirat) hoho...baru aku paham...mama aku ni suka yg terbaik...bab2 kerja ke, bab2 apa2 msti buat yg smpurna... padan la nama aku pn brmaksud akmal="sempurna"... mak aku jnis perfect women.
kadang2 aku trpikir ada btul gak kata2 org tua ni... walaupn kadang2 mcm x paham ja depa nk apa... beleter3 ja ....ermm... so input pnting skali jgn lawan ckp org tua2... cuba paham apa dia org nk, then tunaikan lah apa dia org nk... kalu x bleh cuba slow talk dgn dia org...
then,baru kita leh tau knapa org tua2 ni suka berleter... kna tguk apa kesalahan kita juga dan perbetulkan... baru x kna beleter dah!! haaha...
and one more thing about mama is mama pandai masak... sgt sedap! jenis tgn masak tauk ape pn mesti jd!.... yg paling atif suka kek choc dan mee udang mama ... kalu mkn msti nk lagi! semua lah masakan mama mantap!!!!
dlm byk2 ibu, aku rasa mama la ibu paling mithali! well done mama..luv u !
Tuesday, May 3, 2011
sahabat?
Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walau pun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal. Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan “Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”. Ketika inni sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.
Berhentikan Proses Seterusnya!
Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dihormati, jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah disusuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasulullah SAW).
Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. “Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di Kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu aku simpan di dalam hatiku.” Kata Fatimah. “Kalau begitu engkau menyesal menikahi aku? Tanya Ali. “Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau.” Jawab Fatimah.
Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh ‘menghinggapi sesiapa sahaja’ termasuk orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak mungkin dihindari. Oleh itu tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui…..
Sudah terlanjur digosipkan….
Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang abstrak. Kita tidak mampu mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati ‘berdegup’ hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan untuk bergaul bebas.
Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah salah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmahan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera hentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jagalah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon dan seumpamanya.
Jangan Terperangkap
Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan bejana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendali dengan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.
Sebagaimana yang berlaku pada Ibnu Abbas, ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu bersabda:”Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain.”
Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti “tazkiyatun nafs” (penyucian jiwa) perlu dimainkan. Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah, jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang yang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman-Nya: “Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang biasa lahir daripadanya…..” (an-Nur:31-32)
Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesunguhnya jika ini tidak dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam.